Apa yang istimewa sangat tentang skuter Aveta Nova 250 G Elite Edition (2026)?

Banyak juga pertanyaan tentang varian skuter terbaharu Aveta Nova 250 G Elite Edition (2026) yang dilancarkan semalam.

Sebagai permulaan, skuter ini diperkenalkan sempena pembukaan rasmi premis Aveta Elite Centre di Shah Alam iaitu premis yang dikendalikan oleh syarikat G Elite Motor.

Nama Nova 250 G Elite Edition

Sebab itu ada nama G Elite pada nama model ini,… kiranya satu tanda penghargaan sempena pembukaan premis tersebut selain kerjasama dengan pihak Aveta Motor Malaysia.

Selari dengan sifat eksklusifnya, skuter Nova 250 G Elite Edition ini dihadkan kepada 128 unit dan hanya boleh dibeli di Aveta Elite Centre (Shah Alam). Tak dijual di tempat lain, menurut sumber Aveta.

Harga Nova 250 G Elite Edition

Harga skuter ini ialah RM14,888 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran berkaitan.

Harga badan ini sebenarnya sama seperti varian  Aveta Nova 250 ABS Limited Edition berwarna Nordic Blue yang diperkenalkan pada awal Januari 2026 (RM14,888).

Kalau nak dibandingkan dnegan Aveta Nova 250 ABS warna Titan Red, beza harga badan cuma RM500 (harga badan diumum RM14,388).

Ciri unik Nova 250 G Elite Edition

Aveta Nova 250 G Elite Edition ini didatangkan dengan hanya satu warna pilihan iaitu Nano Grey.

Jadi, apa yang membezakan skuter ini dengan Aveta Nova 250 biasa? Di bawah ini adalah perbezaannya:

  • Bar hendal aloi sama seperti varian Nova 250 Limited Edition Nordic Blue.
  • Rim berwarna oren.
  • Liveri badan khas.
  • Ada lencana dengan nombor siri.
  • Paparan teks grafik G Elite Edition semasa meter dihidupkan.
  • Topi keledar didatangkan sekali skuter.

Spesifikasi Nova 250 G Elite Edition

Aspek spesifikasi nampaknya sama seperti model Nova 250 versi standard.

Aveta NOVA 250 G Elite Edition (2026)
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti244.3cc
Kuasa maksimum19.4kW @ 8,250rpm (25.5hp)
Tork maksimum23Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke72mm x 60mm
Nisbah mampatan11.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar subtangki
Tayar depan120/70 - 14
Tayar belakang130/70 - 13
Brek depanCakera tunggal, kaliper 4 piston
Brek belakangCakera tunggal, kaliper 2 piston
Panjang1,975mm
Lebar780mm
Tinggi1,243mm
Jarak dari bumi202mm
Jarak roda1,360mm
Tinggi tempat duduk774mm
Tangki minyak12 liter
Berat kasar165kg
Bonus- Meter TFT berwarna 7 inci
- Sistem kekunci pintar (keyless)
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Ada USB
- Suis idle stop system
- Ada dashcam depan
- Ada brek ABS
- Ada Kawalan Cengkaman (TCS)

Galeri Gambar Nova 250 G Elite Edition