ZXMOTO 500RR mula masuk pasaran Malaysia minggu ini

Aktiviti pemasangan motosikal sportbike ZXMOTO 500RR nampaknya sudah bermula di Pulau Pinang dan difahamkan, model ini akan diagihkan ke rangkaian pengedar ZXMOTO Malaysia bermula minggu ini.

Untuk dua lagi model ZXMOTO iaitu naked bike ZXMOTO 500F dan supersport ZXMOTO 820RR, maklumat diperoleh menyatakan kedua-duanya akan mula berada di pasaran Malaysia sekitar hujung bulan ini.

ZXMOTO Malaysia juga menyatakan pelanggan yang membuat tempahan, mereka boleh hubungi pengedar sah mengikut tempahan dibuat untuk memperoleh maklumat tentang status tempahan, ketibaan unit dan urusan penyerahan motosikal masing-masing.

Artikel Berkaitan ZXMOTO