
Honda mengumumkan tawaran 500 unit kapcai Super Cub Tokyo 80s di Thailand, setiap satu dijual dengan harga badan 54,000 baht (anggaran RM6,597).
Motosikal berwarna kuning ini mendukung tema suasana 1980-an di kota Tokyo, ditambah dengan beberapa elemen menyerlahkan ekspresi retro.


Model Honda Super Cub Tokyo 80s Limited Edition ini menerima pelekat badan retro dan penghadang angin berwarna coklat lembut.
Elemen krom digunakan untuk menguatkan imej kapcai, antaranya pada absober berkembar, pelindung ekzos, batang cermin sisi dan juga rak di atas madgad.
Tempat duduk mengenakan kombinasi dua warna iaitu kelabu dan hitam. Rim jenis jejari (multi spokes).
Nampak seperti ada jaket dan topi keledar untuk dipadankan bersama kapcai ini. Tapi itu mungkin membabitkan bayaran tambahan.
Berikut ialah perincian spesifikasi kapcai Honda Super Cub Tokyo 80s Limited Edition:
- Enjin satu silinder 109.5cc SOHC 2-injap dengan sejukan udara
- Kotak gear 4 kelajuan
- Tinggi pelana: 744mm
- Jarak roda: 1224mm
- Berat : 98kg
- Jarak bumi: 132mm
- Gerek x lejang: 47mm x 63.1mm
- Nisbah mampatan: 10.0 : 1
- Tangki minyak: 4.2 liter
- Brek depan cakera, belakang dram
- Tayar depan 70/90-17, tayar belakang 80/90-17










