
Mforce Bike Holdings (Mforce) ada membuat pengumuman panggilan balik (recall) skuter QJMOTOR AX200S dan ada mengulangi hebahan recall itu sekurang-kurangnya dua kali sebelum ini.
Namun, sehingga kini…. masih ada 60 peratus lagi pemilik skuter AX200S masih belum tampil untuk menukar komponen muffler ekzos yang diberikan secara percuma. Malah pemilik tidak perlu menanggung apa-apa kos dalam proses penggantian program recall tersebut.

Setakat ini, hanya 40 peratus pemilik skuter QJMOTOR AX200S sudah membuat janji temu, tempahan tarikh dan melaksanakan proses penggantian muffler lama kepada versi baharu yang lebih berkualiti.
Semua maklumat mengenai panggilan balik QJMOTOR AX200S pernah kami siarkan sebelum ini termasuk memo pengumuman mengenainya.
Artikel Berkaitan
- Recall: Pemilik terlibat diminta ‘jangan lupa’ tukar muffler skuter QJMOTOR AX200S
- Jangan lupa semak status ‘recall’ QJMOTOR AX200S, kempen tukar ekzos sedang berlangsung
- MForce bakal jalankan kempen panggilan balik untuk tukar ekzos semua skuter QJMOTOR AX200S
- Tempahan QJMOTOR AX200S lebih 5,000 unit, kiriman stok skuter ditingkatkan bulan ini

