SENKE SK400-KG buat kejutan masuk pasaran Malaysia, harga badan RM21,800

SENKE SK400-KG

Satu lagi jenama motosikal China iaitu SENKE membuat kemunculan di Malaysia. Jenama ini diuruskan dan diedarkan oleh syarikat MZM Bikes.

MZM Bikes dipercayai pihak sama yang menguruskan jenama Hanway, Italjet, CMC dan Royal Alloy. Jadi, ini adalah jenama kelima bawah kendalian mereka.

Sebagai permulaan, MZM Bikes mengumumkan tawaran motosikal naked SENKE SK400-KG sebagai model pertama SENKE di Malaysia.

SENKE SK400-KG dijual pada harga badan RM21,800 dan ada dua warna pilihan disediakan iaitu Perak (Silver) dan Kelabu (Grey).

Ada apa dengan SENKE SK400-KG?

  • Enjin 2-silinder sebaris 378cc SOHC 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 26.6kW @ 9,000rpm dan jumlah tork tidak didedahkan. Jika diikut spesifikasi global, tork adalah 35Nm @ 6,500rpm.
  • Kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan dengan pacuan rantai.
  • Fork jenis terbalik (USD) dan sistem monoshock di belakang.
  • Kapasiti tangki minyak tidak didedahkan. Portal lain termasuk di luar negara tidak ada satu angka spesifik, bermula dari 15.5 liter sehingga 19.5 liter.
  • Berat kering motosikal ini ialah 187kg dan ketinggian pelana mungkin 790mm (ikut spesifikasi global).
  • Sistem brek jenis cakera tunggal depan 300mm, belakang 240mm. Kedua-duanya ada Sistem Brek Anti-kunci (ABS).

Artikel Berkaitan