Royal Alloy perkenalkan skuter siri Gran Turismo (GT) 125S & 160S, harga badan dari RM9,800

Royal Alloy menambah satu lagi barisan produk ke pasaran Malaysia iaitu siri Gran Turismo dengan pelancaran dua varian skuter baharu.

Dua model itu ialah Royal Alloy GT125S dan Royal Alloy GT160S dengan setiap satunya didatangkan dengan tiga warna pilihan.

3 Pilihan Warna

Royal Alloy GT125S

  • Royal Alloy GT125S: Ivory, Matte Silver dan Pink

  • Royal Alloy GT160S: Meteorite Grey, Dark Jade dan Lemon Yellow

Harga Badan

  • Royal Alloy GT125S: RM9,800
  • Royal Alloy GT160S: RM12,800

Harga di atas adalah harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran.

Perincian Royal Alloy GT

Skuter Royal Alloy GT125S dan GT160S ada banyak persamaan spesifikasi. Aspek perbezaan lebih tertumpu kepada perincian enjin.

GT125S dan GT160S menggunakan enjin satu silinder 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api (FI).

Model GT125S berkapasiti 124cc dengan output kuasa 13,14hp (9.8kW) @ 8,500rpm dan tork puncak 12Nm pada 6,500rpm.

Model GT160S bersesaran 158cc dengan output kuasa 16.1hp (12kW) @ 8,500rpm dengan tork tertinggi 13.5Nm @ 5,500rpm.

Dua model tersebut menggunakan khidmat transmisi jenis CVT dengan pacuan akhir jenis tali sawat.

Kapasiti tangki minyak kedua-dua varian adalah sama iaitu 9 liter dan begitu juga ukuran ketinggian tempat duduk setinggi 750mm.

Dimesi fizikal adalah sama iaitu panjang 1,290mm, lebar 695mm dan tinggi 1,110mm. Jarak roda 1,380mm dan jarak bumi 320mm.

Pun begitu, berat skuter adalah sedikit perbezaan iaitu 145kg untuk GT125S dan GT160S adalah 7kg lebih berat (152kg).

Persamaan seterusnya adalah saiz rim aloi iaitu 12 inci dengan balutan sepasang tayar 120/70.

Sistem henti membabitkan cakera tunggal 220mm depan dan belakang. Suspensi melibatkan fork teleskopik depan dan absober berkembar di belakang.

Ciri lain termasuk meter TFT berwarna dengan ciri mirroring, sistem kemasukan tanpa kunci (keyless) dan ruang simpanan bawah pelana.

GT160S dapat dua kelebihan iaitu kamera dashcam di hadapan dan lampu DRL LED.