
GIVI Malaysia sudah memperkenalkan tiga koleksi topi keledar terbaharu mereka dengan dua daripadanya jenis Jet (open face) dan satu versi muka penuh (full face).
Artikel ini akan memberi fokus kepada dua siri topi keledar open face terbaharu GIVI iaitu M33.1 Aria Neo Jet dan M35.1 Scudo II Jet. Jualan akan bermula Julai 2026.

Koleksi topi keledar Jet ini menawarkan pendekatan perlindungan menyeluruh GIVI untuk penunggang yang dinamakan Sistem Perlindungan Kepala (Head Protection System atau HPS).
HPS ini menggabungkan keselamatan berteknologi tinggi, keselesaan jangka panjang, reka bentuk moden dan fungsi praktikal dalam satu pakej lengkap.
Apa yang berubah?
Topi keledar M33.1 Aria Neo Jet dan M35.1 Scudo II Jet adalah evolusi atau pembaharuan helmet M33.0 Aria dan M35.0 Scudo.
Siri topi keledar terbaharu M33.1 Aria Neo dan M35.1 Scudo II ditambah baik aspek ergonomik, keselesaan dan prestasi harian. Kod homologasi keselamatan ECE R22.06 dikekalkan.
Apa diubah ialah:
- Visor panjang – perlindungan depan lebih luas untuk halang angin dan habuk.
- Naik taraf spoiler belakang naik taraf – kestabilan lebih baik.
- Sistem pengudaraan ditingkatkan – aliran udara lebih lancar dan konsisten.
- Lapisan dalam dipertingkat – keselesaan optimum sepanjang tunggangan.
Apa beza dua topi keledar Jet ini?
M33.1 ARIA NEO

- Direka untuk penunggang harian.
- Sistem visor tunggal (single visor).
- Saiz S hingga XL.
- Tiga pilihan warna iaitu Solid Metallic Silver, Solid Dark Grey dan Solid Black.
- Harga RM195.
M35.1 SCUDO II

- Kegunaan harian dan touring hujung minggu.
- Sistem dwi-visor (double visor).
- Saiz S hingga 2XL dengan dua saiz cengkerang: saiz kecil (S/M/L), saiz besar (XL/2XL)
- Enam pilihan warna iaitu Solid White, Nardo Grey, Graphic Utopia Titanium Yellow, Graphic Edge Blue Red, Graphic Uno White Black dan Graphic Uno Yellow Black.
- Harga untuk warna Solid (RM370) dan Grafik (RM420).











