Yamaha Finn 115 (2026): Model paling sesuai gantikan Yamaha EZ115 di Malaysia?

Yamaha Thailand mengemas kini semula barisan produk kapcai Yamaha Finn 115 di Thailand dengan memperkenalkan siri terbaharu edisi 2026.

Yamaha Finn 115 (2026) ini satu langkah kemajuan daripada pengeluar Jepun itu kerana ciri-ciri yang disertakan kali ini membuktikan mereka bukan jual jenama semata-mata.

Segala tentang Yamaha Finn 115 (2026)

Artikel ini akan menceritakan tentang Yamaha Finn 115 (2026) dalam beberapa aspek penting iaitu varian, harga di Thailand, pilihan warna, apa perubahan terbaharu untuk model 2026 dan spesifikasi penuh motosikal ini.

Berapa varian Yamaha Finn 115 (2026)?

Yamaha Finn 115 (2026) didatangkan dengan tiga versi pilihan iaitu varian perdana, pertengahan dan asas:

  • Yamaha Finn 115 (2026) Smart Key (versi perdana)
  • Yamaha Finn 115 (2026) Sport Rim (versi pertengahan)
  • Yamaha Finn 115 (2026) Spokes Rim (versi asas)

Senarai harga Yamaha Finn 115 (2026) Thailand

Yamaha Finn 115 (2026) diperkenalkan dengan harga jualan mengikut varian seperti berikut:

  • Yamaha Finn 115 (2026) Smart Key: 50,300 baht (anggaran RM6,115)
  • Yamaha Finn 115 (2026) Sport Rim: 48,300 baht (anggaran RM5,872)
  • Yamaha Finn 115 (2026) Spokes Rim: 46,300 baht (anggaran RM5,629)

Pilihan warna ikut varian Yamaha Finn 115 (2026) Thailand

  • Yamaha Finn 115 (2026) Smart Key: biru dan kelabu

  • Yamaha Finn 115 (2026) Sport Rim: merah dan hitam

  • Yamaha Finn 115 (2026) Spokes Rim: merah dan hitam

Apa perubahan Yamaha Finn 115 edisi 2026?

Siri kapcai terbaharu Yamaha Finn 115 (2026) ini mendapat beberapa penambahbaikan dan peningkatan ciri berbanding Yamaha Finn 115 (2025) di Thailand.

  • Perubahan pertama ialah motosikal underbone ini menerima sistem pencahayaan LED lampu depan menggantikan lampu mentol halogen. Ini juga termasuk rekaan lampu depan baharu.
  • Saiz lampu brek belakang ditingkatkan menjadi lebih besar dan mudah dilihat terutamanya pada waktu malam. Lampu brek belakang dan lampu signal masih jenis mentol.
  • Sistem meter digital jenis LCD menggantikan meter analog. Satu ciri yang jarang ada pada kebanyakan kapcai kelas 115cc.
  • Ada sistem kemasukan tanpa kunci (keyless). Ciri ini hanya terdapat untuk varian tertinggi iaitu Yamaha Finn 115 (2026) Smart Key. Varian lain kena masukkan anak kunci.
  • Ada tempat pengecas untuk sambungan soket USB. Satu lagi ciri yang jarang diberi untuk model kapcai 115cc jenama Jepun. Ada tempat untuk simpanan barang kecil atau botol air di depan.

Spesifikasi Yamaha Finn 115 (2026)

  • Enjin satu silinder 114cc SOHC 2-injap dengan kaedah penyejukan udara dan suntikan bahan api. Kotak gear 4 kelajuan.
  • Kuasa maksimum 6.6kW (8.85hp) pada 7,000rpm dan tork puncak 9.2Nm pada 5,500rpm.
  • Tangki minyak 4 liter.
  • Kapasiti minyak enjin 800 mililiter (tukar penapis minyak enjin, 850ml).
  • Fork teleskopik biasa (depan), absober berkembar di belakang.
  • Brek depan jenis cakera tunggal, brek belakang jenis dram.
  • Rim 17 inci dengan tayar saiz 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang).
  • Ukuran panjang 1,940mm, lebar 710mm dan tinggi 1,095mm.
  • Tinggi pelana 775mm.
  • Jarak roda 1,235mm. Jarak bumi 155mm.
  • Berat: 98kg (spokes) dan 99kg untuk dua varian lain.
  • Jaminan diberi selama 5 tahun tanpa had perbatuan.

Galeri Gambar Yamaha Finn 115 (2026)