Hodaka Motoworld umum 4 jenis topi keledar YOHE Helmets untuk pasaran Malaysia

Pengguna Malaysia kini ada satu lagi pilihan topi keledar iaitu YOHE Helmets. Sebagai permulaan, ada empat model topi keledar diumumkan untuk pasaran tempatan.

Jenama ini dibawa pihak Hodaka Motoworld dan empat model itu ditawarkan dengan harga tidak terlalu membebankan pengguna. Perinciannya ada di bawah ini:

YOHE 868-2

  • Dua harga diumumkan seperti berikut:
    • RM319 (tiada grafik)
    • RM339.00 (ada grafik)
  • Topi keledar jenis jet (open faced) generasi baharu. Sesuai untuk kegunaan dalam bandar.
  • Visor tebal 2.2mm saiz besar, memanjang ke bawah untuk menutupi seluruh muka.
  • Ada menjalani ujian terowong angin untuk kurangkan kesan seretan dan bunyi bising.
  • Visor matahari dalaman.
  • Cangkerang jenis ABS dengan dua saiz iaitu:
    • XS hingga M
    • L hingga XXXL
  • Lapisan EPS berketumpatan pelbagai.
  • Penuhi standard homologasi ECE R22.06.
  • Bahagian dalaman jenis hipoalergenik boleh tanggal untuk dicuci.
  • Cincin D berganda untuk ikat (kancing) topi keledar dengan lebih selamat.
  • Boleh pasang interkom Bluetooth.
  • Boleh beli di sini: Shopee Hodaka

YOHE 886

  • Dua harga ikut warna dan grafik:
    • RM339 (warna tunggal tanpa grafik)
    • RM379 (ada grafik )
  • Direka khas untuk negara Asean dan pengguna Asia.
  • Sesuai untuk kegunaan dalam bandar dan kembara jarak jauh
  • Visor saiz besar memanjang ke bawah untuk tutup muka.
  • Ada visor matahari dalaman.
  • Cangkerang luar ABS ada dua saiz:
    • XS hingga M
    • L hingga XXXL
  • Lapisan EPS berketumpatan pelbagai. Penuhi standard ECE R22.06 dan E1.
  • Bahagian dalaman hipoalergenik boleh tanggal dan dicuci.
  • Cincin D berganda untuk ikat (kancing) topi keledar dengan lebih selamat.
  • Boleh pasang interkom Bluetooth.

YOHE P4

  • Ada dua harga untuk P4 iaitu:
    • RM439 (tanpa grafik)
    • RM479 (ada grafik)
  • Nampak macam sebuah helmet muka penuh tapi P4 ialah jenis modular flip-up.
  • Lulus piawaian P/J iaitu kelulusan helmet gaya muka penuh (full face) dan jet (open faced).
  • Visor tahan calar dan bidang penglihatan yang luas.
  • Pelindung dagu (chinbar) boleh dikunci dalam posisi terbuka.
  • Sistem pengudaraan termaju dengan bolong udara masuk dan keluar untuk kawalan aliran udara optimum.
  • Visor matahari dalaman.
  • Cangkerang luar ABS dengan dua saiz:
    • XS hingga M
    • L hingga XXXL
  • Lapisan EPS berketumpatan pelbagai. Penuhi piawaian ECE R22.06 dan E1.
  • Bahagian dalaman hipoalergenik boleh tanggal dan dicuci.
  • Cincin D berganda untuk ikat (kancing) topi keledar dengan lebih selamat.
  • Boleh pasang interkom Bluetooth.

YOHE FG102SV

  • Hanya satu warna iaitu Glossy Carbon/Black dan harganya RM1,199.
  • Topi keledar modular kembara (adventure) dengan perlindungan penuh kepala, dagu dan rahang.
  • Cangkerang jenis komposit gentian karbon 6K.
  • Puncak (peak) dan palang dagu (chinbar) diperbuat daripada bahan ABS.
  • Ada sistem perlindungan pelbagai lapisan.
  • Cangkerang luar komposit untuk ketahanan dan rintangan hentakan
  • Lapisan EPS (Expanded Polystyrene) berketumpatan pelbagai di zon berbeza (mahkota, sisi, dan dagu) untuk serap hentakan semasa kemalangan.
  • Pelindung dagu (chinbar) boleh dikunci dalam posisi terbuka.
  • FG102SV disahkan di bawah ECE 22.06.
  • Lapisan dalam boleh ditanggal dan dicuci.
  • FG102SV direka dengan bukaan vizor yang lebar untuk penunggang dapat penglihatan sisi yang lebih baik, depan lebih jelas.

Siapa YOHE Helmets?

Topi keledar YOHE Helmets datang dari YOHE Group di China. Ini adalah anak syarikat Foshan Nanhai Yongheng Helmet Manufacturing.

YOHE Helmets ditubuhkan pada 1993 di Wilayah Guangdong, China. Dalam tempoh 3 dekad, mereka berjaya menjadi antara pengeluar topi keledar terbesar dunia.

Pengeluaran tahunan lebih 4 juta topi keledar menerusi tiga kilang di China. Eksport ke lebih 55 negara.

YOHE juga menghasilkan topi keledar untuk jenama terkemuka dan antarabangsa. Mereka menghasilkan lebih 120 acuan OEM setahun. Antara contohnya ialah ‘M’ dan ‘G’ di Malaysia.

Produk YOHE juga penuhi piawaian keselamatan antarabangsa seperti ECE, DOT, NBR, JIS, dan CCC. Begitu juga homologasi FIM FRHPhe-01.