Zontes lancar 4 skuter siri 368 (2026) ke pasaran Malaysia, harga badan bawah RM30,000

Zontes Malaysia memperkenalkan empat model skuter siri Zontes 368 ke pasaran Malaysia iaitu Zontes 368D, Zontes 368E, Zontes 368G dan Zontes 368K.

Secara asasnya, semua varian ini menggunakan enjin yang sama iaitu jenis enjin satu silinder 368cc dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api, menawarkan kuasa 38.2hp @ 7,500rpm dan tork 40Nm @ 6,000rpm.

Skuter siri Zontes 368 kini menggunakan sistem kawalan pendikit minyak elektronik (throttle-by-wire), ada Kawalan Jelajah (Cruise Control), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Semua skuter ini dijual dengan harga badan bawah RM30,000 dan setiap skuter Zontes siri 368 disasarkan ke segmen berlainan.

Senarai Harga Badan

Berapa harga badan skuter Zontes 368?

Harga untuk skuter Zontes 368 adalah seperti berikut tetapi tidak termasuk bayaran insurans, cukai jalan dan kos pendaftaran.

  • Zontes 368D: RM23,800
  • Zontes 368E: RM25,800
  • Zontes 368G: RM28,800
  • Zontes 368K: RM27,800

ZONTES 368D

  • Sesuai untuk tunggang dalam bandar.
  • Berat skuter hanya 175kg iaitu lebih ringan 25kg berbanding model terdahulu Zontes 350D.
  • Dikatakan bersifat praktikal memiliki ruang simpanan sebesar 20 liter
  • Tiga warna pilihan iaitu Grey, Black dan Green.

Artikel: Perbandingan Zontes 368D: Apa beza model skuter versi V2 (2026) dengan V1 (2024)?

ZONTES 368E

  • Sesuai untuk mereka yang suka konvoi jarak jauh.
  • Dikategorikan sebagai skuter maxi touring.
  • Ruang tempat letak kaki didakwa luas iaitu 260mm.
  • Ada fungsi pemanas grip tangan dan tempat duduk.
  • Ruang simpanan barang sebesar 50 liter.
  • Warna piliha Grey dan Black.

Artikel: Zontes 368E V2 (2026): Apa anda perlu tahu tentang skuter V2 terbaharu dari Zontes Malaysia

ZONTES 368G

  • Skuter kegunaan harian dan tunggangan ringan di jalan tidak berturap (light off-road).
  • Tangki minyak 17.5 liter.
  • Dua mode tunggangan Touring dan Sport.
  • Ruang simpanan 52 liter.
  • Dua warna pilihan iaitu Brown dan Grey
  • Ada dua versi iaitu:
    • Standard: jarak lega bumi 155mm,  tinggi pelana 770mm
    • High: jarak lega bumi 180mm, tinggi pelana 795mm

ZONTES 368K

  • Skuter kembara gaya moden yang lebih selesa.
  • Berat skuter 186kg dan didakwa stabil untuk kembara (touring)
  • Hanya satu warna pilihan iaitu Grey.
  • Tempat duduk dikatakan selesa dan bergaya sofa pneumatik dengan sokongan lumbar.
  • Ruang simpanan sebesar 50 liter.
  • Instrumen meter TFT 6.75 inci (Luxury UI), penghadang angin elektrik, lampu projektor LED dengan sensor auto dan rak kotak aloi magnesium.

ARTIKEL BERKAITAN