
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan pilihan warna baharu untuk skuter Yamaha Ego Avantiz yang didatangkan dengan 3 warna menarik iaitu hitam, biru dan hijau.
Yamaha Ego Avantiz (2026) ini dengan skim warna baharu akan berada di semua kedai pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai 12 Januari 2026.
Harga badan yang disyorkan ialah RM5,998 tetapi ini belum mengambil kira yuran pendaftaran dan insurans. Spesifikasi kekal seperti model sedia ada di pasaran.

























