
VOGE menampilkan model skuter adventure terbaharu iaitu VOGE SR450X (2025) sempena Pameran Motor Millan (EICMA) 2025 di Itali.
Skuter kapasiti pertengahan yang ditayangkan itu menggunakan enjin 2 silinder, sudah tentu akan jadi tumpuan apabila dibawa masuk ke Malaysia.
Ini adalah beberapa perincian yang kami peroleh:
- Enjin 4-lejang 2-silinder 398cc 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Output kuasa 41.85hp @ 8,000rpm
- Tork maksimum 42Nm @ 5,750rpm
- Sistem gear automatik CVT
- Tangki minyak 18 liter
- Panjang 2,165mm
- Lebar 879mm
- Tinggi 1,440mm
- Jarak roda 1,518mm
- Tinggi pelana 795mm
- Jarak bumi 180mm
- Berat kasar 220kg
- Tayar depan 110/70 -17
- Tayar belakang 150/70 – 14
- Rim jenis jejari dan dibalut tayar tanpa tiub jenama Maxxis
- Sistem brek cakera untuk roda depan dan belakang
- Sistem pencahayaan LED penuh, siap ada lampu spotlight dan brake flash
- Instrumen meter digital 7 inci jenis TFT
- Ada Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TMPS)
- Ada kamera dashcam depan belakang dan ada radar
- Sistem fork usd dan suspensi belakang beserta sub-tank jenama KYB
- Ruang simpanan bawah tempat duduk boleh muat dua topi keledar
- Penghadang angin boleh laras guna kuasa elektrik
- Sistem kekunci pintar dengan butang buka pelana dan kotak simpanan poket
- Ada pemanas grip dan tempat duduk
- Ada soket USB Type-A dan Type-C
- Dilengkapi dengan ciri bantuan parkir skuter




















