Kawasaki Ninja ZX-6R sudah tukar warna baru, harga badan naik RM1,000?

Ada beberapa pengedar motosikal jenama Kawasaki di Malaysia sudah memulakan promosi model supersport Kawasaki Ninja ZX-6R dengan dua pilihan warna baru.

Yang pasti, ada perbezaan warna dengan koleksi warna baru dilancarkan pihak Kawasaki di Jepun.

Warna pertama ialah hijau dengan liveri biru putih. Warna kedua kelabu hitam. Selain warna baharu ini, harga yang disyorkan didakwa naik RM1,000 menjadi RM60,900?

Difahamkan, aspek teknikal masih sama seperti model sebelum ini dan perubahan cuma membabitkan skim warna.

Kawasaki Malaysia masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai warna baru dan spesifikasi Ninja ZX-6R.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi nanti sebab stok pun sudah ada di beberapa kedai Kawasaki sejak minggu lepas. Mungkin ada tambahan inovasi baru pada model ikonik supersport ini.

Pun begitu, ada beberapa pengedar masih ada stok warna sebelum ini (rujuk foto bawah) tetapi dalam kuantiti terhad. Dan masih menawarkannya dengan harga badan lama iaitu RM59,900.

GALERI KAWASAKI NINJA ZX-6R (2026)