Motosikal supersport Kawasaki Ninja ZX-6R (model 2024) sudah mula berada di jalan raya Malaysia semenjak tengah hari tadi.
Semua ini berlaku selepas Kawasaki Malaysia menyerahkan 100 unit motosikal Kawasaki Ninja ZX-6R kepada pembeli-pembeli yang membuat tempahan sejak November 2024.
Pembeli awal Kawasaki Ninja ZX-6R dari seluruh pelusuk negara berkumpul di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC Petronas) untuk terima motosikal mereka dan dapat menunggang di litar sama.
Kawasaki Malaysia cakap tempahan awal sepatutnya 50 unit tapi sebab ramai yang bersungguh nak beli, mereka siapkan dua lot stok (production batch one & two) untuk majlis serahan 100 buah motosikal di SIC Petronas.
Kawasaki Ninja ZX-6R ini bukan model diimport dari Jepun macam zaman-zaman sebelum ini tapi model 2024 ini dipasang di kilang milik Modenas di Gurun, Kedah. Sama macam Kawasaki Ninja ZX-25R.
Apa sebab Kawasaki Ninja ZX-6R boleh dapat 100 pembeli dalam masa cukup singkat? Ini mungkin sebab harga badannya lebih murah RM59,900 kalau dibandingkan harga import tahun 2018 (RM79,900). Beza RM20,000 tu!
Modenas membuat pemasangan Kawasaki Ninja ZX-6R awal tahun lepas tapi menghantar stok-stok motosikal ini ke China. Masuk bulan November 2024, barulah Modenas buka tempahan untuk orang kita.