Modenas baru-baru ini turut memeriahkan acara permotoran tempatan Malaysia Autoshow 2024, yang diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor (22 – 26 Mei 2024). Selain mempamerkan model-model sedia ada, turut dipamerkan ialah model akan datang iaitu Kawasaki Ninja ZX-6R 2024.
Model yang dipamerkan itu berwarna kelabu, seperti mana paparan di atas, manakala model yang berwarna hijau sebelum ini pernah dipamerkan di Litar Sepang (MotoGP 2023). Menurut maklumat terkini, Ninja ZX-6R generasi baharu ini bakal dilancarkan pada bulan Januari 2025.
Harga yang akan ditawarkannya pula dikatakan berada di bawah RM 70k, memandangkan yang ianya merupakan sebuah model bertaraf CKD. Ianya dipasang di fasiliti pengeluaran Modenas yang terletak di Gurun, Kedah, dan model sports bike itu juga bakal dieksport ke luar negara.
Untuk yang berminat memilikinya, setakat ini pihak wakil pengedar Kawasaki Malaysia telah pun membuka tempahan, contohnya dari Kawasaki Alor Setar. Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi Ninja ZX-6R ini, anda boleh membaca artikel terdahulu seperti paparan di bawah :
- Kawasaki Ninja ZX-6R 40th Anniversary Edition 2024
- Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 dilancarkan di pasaran Indonesia, harga bersamaan RM 108,511.25
- Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 dilancarkan di pasaran USA
- Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 kembali ke pasaran Eropah, berwajah baharu dan bertaraf Euro 5
- Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah