Nampaknya, kerja-kerja pemasangan dan pembuatan model skuter Keeway XDV 180 EVO sedang berlangsung di kilang.
Gambar kru kami menunjukkan versi Keeway XDV 180 EVO yang kita akan terima ialah jenis sport rim aloi. Antara warna yang akan dijual ialah kelabu coklat ini.
Skuter adventure terbaru Keeway XDV 180 EVO ini dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada bulan depan iaitu Ogos 2025.
Sebelum ini, kami ada laporkan harga badan skuter ini bawah RM10,000 dan kedai-kedai motor sudah mula ambil tempahan awal dari pelanggan.
Ini data teknikal atau spesifikasi Keeway XDV 180 Evo yang pernah kami laporkan. Mungkin ada perubahan tertakluk pada hari pelancaran. Mungkin….
- Enjin: satu silinder 4 strok, SOHC 4 injap, penyejukan cecair (liquid cooled)
- Kapasiti: 174cc
- Bore x Stroke: 61mm x 59.6mm
- Nisbah mampatan: 11.5: 1
- Kuasa maksimum: 13.6kW (18.2hp) @ 8,500rpm
- Tork maksimum: 17.2Nm @ 6,500rpm
- Sistem bahan api: Suntikan bahan api (EFI)
- Kotak gear: CVT automatik
- Pacuan: tali sawat (belt)
- Suspensi depan: Fork Up-side down (USD) travel 80mm
- Suspensi belakang: dua absober boleh dilaras 5 pra-beban, travel 60mm
- Brek depan: cakera 240mm, ada ABS
- Brek belakang: cakera 220mm, ada ABS
- Tayar depan: 110/80-14
- Tayar belakang: 130/70-13
- Panjang: 1940mm
- Lebar: 770mm
- Tinggi: 1285mm
- Jarak dari bumi: 140mm
- Tinggi tempat duduk: 870mm
- Tangki minyak: 10 liter
- Berat: 145kg
- Ada Traction Control (TCS)
- Meter TFT 7 inci




