
Selepas enam bulan laporan kami disiarkan, nampaknya memang benar model sportbike QJMOTOR SRK 250 RD akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Model QJMOTOR SRK 250 RD versi pemasangan tempatan (CKD) dijangka akan diperkenalkan sekitar Disember ini atau Januari 2026. Cerita tentang model ini sudah menjadi topik hangat semenjak SRK 250 RD dipamerkan di beberapa lokasi di Malaysia.

Semasa acara pelancaran lima model QJMOTOR di bandar Taizhou, Zhejiang di China, harga badan untuk sportbike ini ialah RM21,888 seunit dan model ini dijangka memasuki pasaran Malaysia sekitar Disember ini atau Januari 2026.

Model ini dilancarkan serentak dengan model sportbike 4-silinder sebaris QJMOTOR SRK 450 RR, naked bike QJMOTOR SRK 921 dan dua varian skuter QJMOTOR ATX 250 serta ATX 250 X.
Ketibaan model QJMOTOR SRK 250 RD dilihat akan menjadi pencabar langsung kepada Modenas Ninja ZX-25R.

SPESIFIKASI QJMOTOR SRK 250 RD
- Enjin jenis 4-silinder sebaris (4-inline) 249cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api (FI)
- Kotak gear 6 kelajuan klac manual
- Kuasa maksimum: 40hp pada 15,500rpm
- Tork puncak: 22Nm pada 12,500rpm
- Tinggi tempat duduk 795mm
- Panjang: 2,020mm
- Lebar 755mm
- Tinggi 1,170mm
- Jarak dari bumi 150mm
- Berat kasar 16.5 liter
- Tayar depan 110/70 – 17
- Tayar belakang 150/60 – 17
- Ada winglet
- Sistem brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Tempat duduk terpisah antara penunggang dan pembonceng
- Ada soket pengecas USB Type-A dan Type-C
- Instrumen meter digital penuh
- Fork depan jenis terbalik (USD fork) dan penyerap hentak tunggal (monoshock) di belakang
- Kamera perakam dashcam depan dan belakang


























