The Legend is Back: Suzuki Satria Pro & Satria F150 (2025) lancar di Indonesia

suzuki satria pro dan f150 2025

Gambar yang pernah tular itu nampaknya benarnya. Bukan janaan AI.

Ya, model yang dimaksudkan itu sudah tentunya Suzuki Satria Pro, motosikal underbone yang dilancarkan di Indonesia hari ini.

Suzuki Satria Pro ialah versi perdana dalam keluarganya. Turut diperkenalkan sekali ialah varian Suzuki Satria F150.

Suzuki Satria Pro menjadi antara topik perbualan yang agak popular dengan ada yang bertanyakan soalan:

Adakah model Satria Pro ini akan masuk pasaran Malaysia ganti Suzuki Raider R150 Fi?

Soalan itu akan dijawab pihak Suzuki Malaysia apabila tiba waktunya.

APA ADA PADA SUZUKI SATRIA PRO

suzuki satria pro CANDY MAT BORDEAUX -TITAN BLACK

Kembali ke topik Satria Pro, motosikal yang dijulang sebagai The Legend is Back itu didatangkan dengan beberapa transformasi baharu. Antaranya ialah:

  • Lampu depan LED dengan reka bentuk baharu.
  • Meter LCD baharu dengan Suzuki Ride Connect. Boleh sambung telefon menggunakan Bluetooth. Siap ada sistem navigasi arah-ke-arah, petunjuk mesej dan panggilan masuk.
  • Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal iaitu untuk roda depan sahaja.
  • Adan Bantuan Sistem Klac Suzuki (SCAS).
  • Menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
  • Ada soket USB
  • Dilengkapi Easy Start System
  • Ada winglet mini

SUZUKI SATRIA F150

  • Varian ini nampak lebih sporty dan memiliki winglet mini pada sisi motosikal.
  • Warna kulit enjin baharu.
  • Lampu depan LED dan lampu signal depan-belakang jenis capang

WARNA

  • Satria Pro: warna pilihan hanya Candy Mat Bordeaux Red – Titan Black (merah hitam).
  • Satria F150: 2 warna pilihan iaitu Pearl Bright Ivory – Met. Mat. Fibroin Gray (kuning cair kelabu) dan Metallic Medium Blue – Met. Mat. Fibroin Gray (biru hitam)

HARGA

  • Harga disyorkan untuk Suzuki Satria Pro bermula dari 34.9 juta Rupiah (anggaran RM8,732).
  • Satria F150 dijual dengan harga 31 juta Rupiah (RM7,756).

SPESIFIKASI SUZUKI SATRIA PRO & F150

  • Enjin satu silinder 147cc DOHC sejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api
  • Gerek x lejang: 62mm x 48.8mm
  • Nisbah mampatan: 11.5 : 1
  • Kuasa maksimum: 18.1hp @ 10,000rpm
  • Tork 13.8Nm @ 8,500rpm
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan
  • Fork teleskopik biasa, monoshock untuk belakang
  • Brek cakera (bentuk kelopak bunga – petal) depan-belakang
  • Tayar depan 70/90, tayar belakang 80/90
  • Tangki minyak 4 liter
  • Panjang: 1,955mm
  • Lebar: 675mm
  • Tinggi: 980mm
  • Jarak roda 1,280mm
  • Jarak bumi 150mm
  • Tinggi pelana 765mm
  • Berat kasar 112kg (Satria F150), 115kg (Satria Pro)