Kapcai cub cross KAMAX Cub X (2025) akan masuk Malaysia tahun ini

Motosikal jenis cub cross untuk segmen 150cc dan ke bawah semakin berkembang di Malaysia.

Ada beberapa model baru diperkenalkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Ada juga syarikat adakan sesi pratonton model cub cross yang akan datang.

Ini antara model cub cross yang masih baru di pasaran kita:

Tak lama lagi, satu lagi motosikal cub cross akan dilancarkan di Malaysia iaitu KAMAX Cub X (T150). KAMAX ini satu jenama yang berasal dari China.

KTNS Holdings Sdn. Bhd. ialah pihak yang menguruskan jenama KAMAX untuk pasaran Malaysia. Pada 10 Oktober 2024, KTNS melancarkan KAMAX Super Pro dengan harga asas RM8,888.

Model cub cross KAMAX Cub X akan ada di Malaysia bermula September 2025. Model yang akan dijual nanti sudah tentu versi pemasangan tempatan (CKD) sama macam Super Pro.

Ada banyak benda menarik ada dekat KAMAX Cub X yang menjadikannya nampak lebih menarik kalau dibandingkan cub cross lain.

Pertama ialah reka bentuknya. Memang orang akan cakap nampak macam motor Jepun tu kan. Tapi KAMAX Group dikatakan sudah mendapat hak cipta untuk rekaan motosikal Cub ini di China.

Walaupun berbentuk retro, motosikal Cub X ini dilengkapi ciri moden termasuk meter LCD digital siap ada petunjuk gear, LED untuk lampu depan, signal membelok dan lampu brek. Ada juga lampu nyalaan siang (DRL).

Ciri keselamatan lebih baik macam brek cakera untuk roda depan-belakang, ada teknologi brek ABS dan lampu kecemasan yang menyalakan semua lampu signal membelok secara serentak.

KAMAX Cub X tidak menggunakan anak kunci tetapi sudah ada sistem keyless untuk mengaktifkan kuasa bateri ke sistem motosikal. Enjin boleh dihidupkan dengan menekan butang pemula (starter).

Ada satu kotak simpan barang di tepi (sebelah kanan) Cub X. Kotak boleh dibuka dengan membuka tempat duduk terlebih dulu dan menekan butang plastik di atas tangki minyak.

Untuk buka tempat duduk, tidak memerlukan anak kunci tapi kena tekan butang keyless selama 3 saat untuk membolehkan bukaan tempat duduk.

Tempat duduk cuma satu iaitu untuk penunggang dan bahagian belakang disediakan rak untuk bawa barang. Mungkin ada pilihan tambah tempat duduk untuk pembonceng dan menambah tempat pemijak kaki.

Swingarm KAMAX Cub X dihasilkan menggunakan aluminium dan nampak macam ada lubang untuk tambah pemijak kaki untuk pembonceng. Kalau nak buat pun, ekzos kena tukar sebab ekzosnya jenis naik ke atas.

Absober belakang boleh diubah kekuatan pra-beban (preload) tapi fork teleskopik depan tak boleh diubah.

Mari kita tengok data perincian KAMAX Cub X ini

Aveta NOVA 160
Enjin1 silinder, SOHC
Kapasiti147.5cc
Kuasa maksimum6.8kW @ 8,500rpm (9.11hp)
Tork maksimum10.5Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke57mm x 57.0mm
Nisbah mampatan9.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan udara
Kotak gear4 kelajuan
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar
Tayar depan2.75 - 17
Tayar belakang3.0 - 17
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang1,915mm
Lebar720mm
Tinggi1,020mm
Jarak dari bumi130mm
Jarak roda1,245mm
Tinggi tempat duduk780mm
Tangki minyak3.8 liter
Berat112kg
Bonus- Ada opsyen USB
- Ada opsyen ABS
- Ada opsyen CBS
- Lampu penuh LED
- Lampu kecemasan