Tak lama lagi…. akan ada satu lagi model motosikal CFMOTO akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia iaitu dalam kategori adventure touring atau Multi Touring (MT).
Model ini ialah CFMOTO 700MT dan akan menjadi siri 700cc pertama jenama itu di negara kita. MT terbaru ini akan jadi model kelima siri MT di Malaysia.
Model yang dijual di pasaran kita ialah CFMOTO 450MTX, 650MT, 800MT Touring dan 800MT Explore.
Kedatangan CFMOTO 700MT membuatkan kategori MT sebagai rangkaian produk terbesar ditawarkan CFMOTO Malaysia.
CFMOTO 700MT dipercayai akan muncul sebagai motosikal touring pilihan ramai dan boleh bersaing dengan Aprilia Tuareg 660, Yamaha Tenere 700 dan Honda Transalp 750. Sebabnya, harga untuk CFMOTO 700MT ialah bawah RM34,000.
CFMOTO 700MT menggunakan gayaan siri MT generasi kedua (2nd generation styling) dan ada dua warna untuk dipilih – Nebula White dan Nebula Black.
Ciri moden yang ada dengan 700MT ialah hand tangan, crash bar, port USB Type-A / Type-C 18w, meter TFT 5 inci, pemanas grip hendal, pemanas tempat duduk, T-Box dengan CFMOTO Ride App, plate pelindung enjin dan slipper clutch. Sistem brek ABS dan TCS (Traction Control) boleh dipadamkan.
Data perincian CFMOTO 700MT ada di sini:
CFMOTO 700MT | |
---|---|
Enjin | 2 silinder sebaris, DOHC |
Kapasiti | 693cc |
Kuasa maksimum | 50kW @ 9,500rpm (80.5hp) |
Tork maksimum | 60Nm @ 6,500rpm |
Bore x Stroke | 83mm x 64mm |
Nisbah mampatan | 11.6 : 1 |
Sistem bahan api | EFI |
Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
Kotak gear | manual 6 kelajuan klac Slipper |
Suspensi depan | Fork teleskopik USD 43mm boleh laras |
Suspensi belakang | Monoshock boleh laras damping dan rebound |
Tayar depan | 110/80 - 19 |
Tayar belakang | 150/70 - 17 |
Brek depan | Cakera berkembar 320mm |
Brek belakang | Cakera tunggal 240mm |
Panjang | 2,244mm |
Lebar | 932mm |
Tinggi | 1,435mm |
Jarak dari bumi | - |
Jarak roda | 1,445mm |
Tinggi tempat duduk | 800mm atau 840mm |
Tangki minyak | 20 liter |
Berat | 240kg |
Bonus | - Set lampu LED penuh - Ada T-Box - Skrin meter TFT 5 inci melengkung - Ada ABS - Ada Kawalan Cengkaman (TCS) |