Motosikal supercub Honda RS150R (2024) didatangkan dengan 3 warna baru iaitu White Trico, Matte Blue dan Silver yang bakal dijual di kedai Honda Impian X di seluruh negara sebelum hujung bulan November 2024.
Boon Siew Honda menetapkan harga asas jualan sebanyak RM8,379 tetapi harga ini tidak termasuk kos pendaftaran, cukai jalan dan insurans. Dalam kenyataan media Boon Siew Honda, harga motosikal RS150R dikhabarkan tidak berubah.
Honda RS150R masih menggunakan enjin asal jenis satu silinder 149.4cc DOHC 4 injap bersama sistem penyejukan cecair dan sistem pancitan bahan api (PGM-FI) yang menghasilkan kuasa 11.8kw (15.8hp) @ 9,000rpm dan tork setinggi 13.6Nm @ 7,000rpm.
Kotak gear RS150R jenis 6-kelajuan klac tangan dan tidak ada slipper clutch. Tangki minyak petrol berkapasiti 4.5 liter.
Honda RS150R menggunakan frame tiub kembar dan berat kasar 119kg. Saiz motosikal RS150R ialah 2,020mm panjang x 727mm lebar x 1,128mm tinggi. Tempat duduk setinggi 786mm.
Fork RS150R jenis telesskopik biasa dengan suspensi belakang jenis monoshock. Brek motosikal membabitkan cakera tunggal untuk rim depan dan belakang. Saiz rim aloi Honda RS150R ialah 17 inci dengan tayar depan 90/80 dan tayar belakang 120/70.