Honda CBR250RR 2024 dilancarkan di Malaysia – RM 27,999.00

Boon Siew Honda kini melancarkan Honda CBR250RR 2024, dengan harga asas sebanyak RM 27,999.00. Model berkenaan tampil dengan dua pilihan warna menarik iaitu Honda Tricolor dan Mat Zodiac Blue Metallic. Enjinnya bersesaran 249cc (Liquid-cooled, 4-stroke, 8-Valve, DOHC, Parallel Twin Cylinder) dengan kuasa maksimum 41.57hp (31kW) dan tork 25Nm @ 11,000rpm. Honda CBR250RR 2024 ini boleh didapati di pasaran Malaysia bermula tarikh 19hb. Jun 2024.