Model naked terbaharu Honda CB750 Hornet 2024 kini rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, dengan harga asas RM 50,800.00. Model berkenaan tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Glare White, Graphite Black dan Mat Goldfinch Yellow. Di bahagian enjin, ianya bersesaran 755cc (liquid-cooled, OHC, 4-stroke, 8-valve, parallel twin with 270° crank and uni-cam) dengan kuasa maksimum 90.6hp @ 9,500rpm dan tork maksimum 74.4Nm @ 7,000rpm.
Artikel berkaitan :
- Honda CB750 Hornet 2023 dilancarkan di pasaran Thailand
- Honda CB750 Hornet 2023 rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah