Di pasaran Malaysia, antara model terbaharu yang sangat ditunggu-tunggu pada ketika ini ialah model skuter bertaraf adventure iaitu Honda ADV350.
Namun sehingga kini model tersebut masih belum dilancarkan, dan apa yang dapat diramalkan ialah ianya hanya akan tiba di pasaran Malaysia mungkin pada tahun depan.
Sementara itu di pasaran Eropah, Honda ADV350 2024 baru saja diperkenalkan, dan kini model tersebut telah menerima empat kemaskini warna baharu yang lebih menarik iaitu Pearl Falcon Gray, Matt Coal Black Metallic, Matt Pearl Cool White, dan Matt Pearl Pacific Blue.
Honda ADV350 2024 kekal dikuasakan enjin bersesaran 330cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4 valve, SOHC, single cylinder, Euro 5 compliant) dengan padanan transmisi automatik CVT.
Enjin yang cekap dan berprestasi itu menghasilkan kuasa maksimum 28.83hp (21.5 kW) @ 7,500rpm, dengan tork maksimum 31.5Nm @ 5,250rpm.
Jika model skuter adventure Honda ADV350 2024 ini dilancarkan di pasaran Malaysia kelak, diharapkan ianya ditawarkan dengan empat pilihan warna terbaharu ini.