CFMOTO 250CL-C 2024 dilancarkan di pasaran China

Selepas model CFMOTO 450CL-C 2024, kini pasaran China telah menerima pelancaran rasmi model CFMOTO 250CL-C 2024. Bezanya ialah model tersebut kini dilengkapi enjin bersesaran 249cc yang menghasilkan 24.8hp (18.5kW) dengan tork 20.5Nm. Pilihan warna yang ditawarkan tiga kesemuanya, manakala harganya ditetapkan sebanyak CNY 14,980.00 (RM 9,757.19).

Melengkapkan spesifikasi pada CFMOTO 250CL-C 2024 ini termasuklah tangki bahan api 13.5 liter, fork depan teleskopik, penyerap hentak belakang berkembar, tinggi pelana 690 mm, sistem brek cakera, tayar depan dan belakang bersaiz 130/90-R16 dan 150/80-R16, panel meter analog dan digital, dan sistem lampu LED. Diharapkan ianya juga akan masuk ke pasaran Malaysia.