Honda Super Cub C125 2024 terima kemaskini warna baharu di pasaran Indonesia

Pada beberapa hari yang lepas, Honda Super Cub C125 2024 telah diperkenalkan di pasaran Indonesia. Model kapcai premium itu kini tampil dengan pilihan warna baharu Pearl Cadet Gray, manakala warna terdahulu Pearl Nebula Red kini didatangkan tempat duduk dengan skim warna baharu. Matte Axis Gray Metallic juga merupakan warna terdahulu, daripada model tahun 2022.

Selain kemaskini warna baharu, tiada sebarang perubahan lain untuk Honda Super Cub C125 2024. Imbas kembali, model tersebut dilengkapi enjin 124cc yang menjana 9.65hp dengan tork 10.4Nm. Turut melengkapinya ialah Honda Smart Key, sistem lampu LED, tangki bahan api 3.7 liter, tempat duduk dengan ketinggian 780 mm, dan sistem brek cakera di bahagian roda depan.

Akhir sekali, Honda Super Cub C125 2024 ditawarkan di pasaran Indonesia dengan harga jualan sebanyak Rp. 77,665,000.00, bersamaan RM 22,840.14 berdasarkan nilai mata wang semasa.