Kawasaki Ninja 500 KRT Edition SE 2024 kini di pasaran USA, harga $6,399.00

Kawasaki Ninja 500 KRT Edition SE 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran USA, dengan harga $6,399.00. Pilihan warnanya ialah Lime Green / Ebony, dan dikuasakan enjin 451cc (liquid-cooled, 4-stroke, parallel twin, DOHC, 8 valves) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Kuasa maksimumnya 51hp @ 10,000rpm dengan tork 43Nm @ 7,500rpm.

Spesifikasi lengkap Kawasaki Ninja 500 KRT Edition SE 2024 ini adalah sama seperti Kawasaki Ninja 500 SE 2024, yang berbeza hanyalah skim warna sahaja. Antaranya seperti panel meter TFT dengan ciri sambungan ke telefon pintar, teknologi KIPASS (Kawasaki’s Intelligent Proximity Activation Start System), port pengecas USB-C, dan sistem brek dengan ABS Dual Channel.

Artikel berkaitan :