Honda CB125F 2024 terima kemaskini baharu di pasaran Eropah

Pada pertengahan bulan November 2023 yang lepas, Honda CB125F 2024 dengan rasminya diperkenalkan di pasaran Eropah. Berbanding model tahun 2021, model tersebut kini dilengkapi muffler ekzos baharu, pemegang tempat duduk belakang baharu dan dua skim warna baharu.

Dua skim warna baharu itu ialah Imperial Red Metallic dan Matt Marvel Blue Metallic, di samping warna sebelumnya Black. Beralih ke bahagian spesifikasi, tiada sebarang perubahan. Enjinnya bersesaran 124cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, single-cylinder) dengan transmisi lima kelajuan.

Enjin Enhanced Smart Power (eSP) dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI dan teknologi AGC (Alternating Current Generator) itu menghasilkan kuasa maksimum 10.7hp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 10.9Nm @ 6,000rpm. Tangki bahan apinya berkapasiti 11 liter.

Melengkapkan spesifikasi Honda CB125F 2024 ini ialah fork depan teleskopik 30 mm, penyerap hentakan belakang berkembar (5 stage preload), tayar bersaiz 80/100-18 (depan) dan 100/80-18 (belakang), dan gabungan brek cakera depan dan brek dram belakang dengan teknologi CBS.

Spesifikasi menarik lainnya termasuklah lampu depan dan belakang LED, panel meter digital pelbagai informasi, tongkat tengah yang praktikal, dan berat hanya 116 kg (kerb weight). Tempat duduknya mempunyai ketinggian 790 mm, dengan ruang yang selesa untuk dua orang dewasa.