Yamaha YZF-R7 2024 terima kemaskini warna baharu di pasaran USA

Model sport bike Yamaha YZF-R7 2024 kini diperkenalkan di pasaran USA, dengan kemaskini tiga pilihan warna baharu iaitu Team Yamaha Blue, Matte Gray dan Raven.

Harga jualannya pula kekal seperti model tahun 2023, sebanyak $ 9,199.00 (RM 42,609.77). Di bahagian enjin dan teknikal, tiada sebarang naik taraf atau perubahan terkini.

Yamaha YZF-R7 2024 dilengkapi enjin CP2 689cc (2-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, 4-valves, DOHC) dengan kuasa maksimum 73.4PS @ 8,750rpm dan tork 67Nm @ 6,500rpm.

Untuk pasaran Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sebelum ini pernah mempamerkan model yang menarik dan sporty ini di acara perlumbaan MotoGP Malaysia 2022.

Pada ketika itu dijangkakan yang ianya akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat. Namun sehingga kini menjelang tahun 2024, ianya belum dilancarkan.