Tidak lengkap rasanya pengenalan model sports bike terbaharu Kawasaki Ninja 500 2024, tanpa kehadiran model kembarnya dalam versi naked.
Oleh itu bertempat di EICMA 2023 baru-baru ini, Kawasaki dengan rasminya turut melancarkan model naked terbaharu Kawasaki Z500 2024.
Model tersebut tampil dalam dua varian iaitu Standard dan SE. Bagi varian Standard, satu skim warnanya ialah Metallic Spark Black / Metallic Matte Graphenesteel Gray.
Varian SE pula tampil dengan dua pilihan warna yang lebih menarik, iaitu Candy Lime Green / Metallic Spark Black / Metallic Matte Graphenesteel Gray dan Candy Persimmon Red / Metallic Flat Spark Black / Metallic Matte Graphenesteel Gray.
Sama seperti Ninja 500, Kawasaki Z500 2024 turut dilengkapi enjin yang sama bersesaran 451cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan transmisi enam kelajuan.
Enjin dengan konfigurasi dua silinder sebaris itu kemudiannya menawarkan kuasa maksimum sebanyak 45.4PS @ 9,000rpm, dengan tork maksimum 42.6Nm.
Untuk pasaran Malaysia, pastinya sangat menarik jika Kawasaki Z500 2024 ini dilancarkan sebagai Modenas Z500 2024, dengan harga yang berpatutan.
Galeri : Kawasaki Z500 2024
Galeri : Kawasaki Z500 SE 2024