Kawasaki Ninja 500 2024 diperkenalkan di EICMA 2023

Model sports bike terbaharu Kawasaki Ninja 500 2024 baru-baru ini dengan rasminya diperkenalkan di EICMA 2023, dalam dua pilihan varian iaitu Standard dan SE.

Bagi varian Standard, Kawasaki Ninja 500 yang sporty dan moden ini tampil dengan satu skim warna sahaja iaitu Metallic Spark Black / Metallic Flat Raw Graystone.

Varian SE pula tampil dengan dua pilihan warna iaitu Lime Green / Ebony dan Metallic Matte Dark Gray / Metallic Flat Spark Black / Metallic Moondust Gray.

Kawasaki Ninja 500 2024 dikuasakan enjin bersesaran 451cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 45.4PS @ 9,000rpm dengan tork maksimum 42.6Nm. Berat Ninja 500 ialah 171 kg, dan berat Ninja 500 SE pula 172 kg.

Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan Kawasaki Ninja 500 2024 ini akan turut dilancarkan oleh EMOS, dan dijenamakan semula menggunakan nama Modenas.

Galeri : Kawasaki Ninja 500 2024

Galeri : Kawasaki Ninja 500 SE 2024