Honda CBR650R 2023 di pasaran Malaysia – RM 46,499.00

Jika peminat model naked di pasaran tempatan mempunyai pilihan Honda CB650R 2023, peminat model sports bike pula ditawarkan Honda CBR650R 2023.

Dilancarkan baru-baru ini, Honda CBR650R 2023 di pasaran Malaysia kini tampil dengan dua pilihan warna baharu Grand Prix Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Harga asas yang ditawarkan untuk model tersebut bagaimanapun sedikit tinggi berbanding harga asas Honda CB650R, iaitu sebanyak RM 46,499.00, lebih RM 2,000.00.

Enjin kedua-duanya adalah sama iaitu 649cc (liquid-cooled, 16-valve, DOHC, inline 4-cylinder), yang menghasilkan 93.87hp @ 12,000rpm dengan tork 64Nm @ 8,500rpm.

Enjin empat silinder sebaris itu kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan, dan menawarkan deruman bunyi ekzos yang cukup garang dan padu.