Salah sebuah model terbaharu yang diperkenalkan oleh Benelli baru-baru ini untuk pasaran Eropah ialah sebuah model sports bike, iaitu Benelli Tornado 300 2024.
Menurut Benelli, model tersebut akan tiba di bilik pameran pengedar pada bulan Januari 2024. Setakat ini belum ada maklumat mengenai pilihan warna dan juga harganya.
Melihat bahagian enjinnya, Benelli Tornado 300 2024 dilengkapi enjin bersesaran 300cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, double overhead camshaft DOHC, 8 valves).
Enjin bertaraf Euro 5 itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan, dan menawarkan kuasa maksimum 35hp @ 11,000rpm dengan tork setinggi 27Nm @ 9,000rpm.
Tangki bahan apinya 14 liter, manakala berat keringnya 182 kg. Untuk pasaran Malaysia, mungkin Benelli Tornado 252R seperti di pasaran China yang akan dilancarkan kelak.