Model kapcai Yamaha Finn 2023 kini diperkenalkan di pasaran Thailand, dengan kemaskini warna baharu yang lebih sporty dan menawan. Pilihan varian yang ditawarkan ialah empat kesemuanya, dengan varian teratas dilengkapi sistem brek UBS (Unified Brake System).
Berikut ialah senarai varian dan harga :
- UBS version : 48,700 THB (RM 6,368.77)
- Alloy wheel – hand starter : 46,900 THB (RM 6,133.38)
- Spoke wheel – hand starter : 44,900 THB (RM 5,871.83)
- Spoke wheel – hand starter – drum brake : 41,200 THB (RM 5,387.96)
Yamaha Finn 2023 didatangkan enjin 114cc (4-stroke, single-cylinder, SOHC, 2-valve, air-cooled) dengan transmisi empat kelajuan. Tangki bahan apinya berkapasiti 4.0 liter. Ciri-ciri menarik lain ialah fork depan teleskopik dan brek cakera depan untuk tiga varian teratas.
Selain itu, ianya dilengkapi sistem kunci pelbagai fungsi, poket depan yang boleh diisi botol air, ruang simpanan di bawah tempat duduk seluas 9.7 liter yang boleh mengisi helmet jenis separuh, dan tempoh jaminannya sehingga 5 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.
Galeri : Yamaha Finn 2023 (UBS version)
Galeri : Yamaha Finn 2023 (Alloy wheel – hand starter)
Galeri : Yamaha Finn 2023 (Spoke wheel – hand starter)
Galeri : Yamaha Finn 2023 (Spoke wheel – hand starter – drum brake)