Suzuki Malaysia buka tempahan untuk Burgman 125, Avenis 125, Gixxer 250, Gixxer SF250 dan V-Strom 250SX

Suzuki Malaysia kini membuka tempahan untuk lima buah model terbaharu yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, iaitu Suzuki Burgman 125, Suzuki Avenis 125, Suzuki Gixxer 250, Suzuki Gixxer SF250 dan Suzuki V-Strom 250SX.

Menurut Suzuki, yuran tempahan yang dikenakan hanya RM 50.00 sahaja, dan kesemua model-model tersebut kini boleh ditempah di ruang pameran Suzuki Malaysia di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (24 – 27 Ogos), yang berlangsung di WTC, Kuala Lumpur.

Pelancaran rasmi untuk kelima-lima model CKD tersebut pula dikatakan akan berlangsung pada hujung tahun ini, atau pada awal tahun depan. Jadi mana satukah pilihan anda untuk kelima-lima model yang menarik ini? Skuter, naked, sport bike, atau model adventure?