Selain BMW G 310 R 2024, sebuah lagi model iaitu BMW G 310 GS 2024 di pasaran India kini turut menerima warna baharu, dikenali sebagai Racing Red. Untuk pasaran India, BMW G 310 GS ditawarkan dengan harga dari INR 325,000.00 (RM 17,904.05). Beralih ke aspek teknikal dan spesifikasi, didapati tiada sebarang naik taraf baharu untuk model tersebut.
BMW G 310 GS 2024 dikuasakan enjin satu silinder yang bersesaran 313cc dengan sistem transmisi enam kelajuan. Prestasi maksimumnya 34hp @ 9,250rpm dengan tork maksimum 28Nm @ 7,500rpm. Spesifikasi lainnya termasuklah sistem lampu LED, panel meter digital, fork depan USD, sistem brek dengan BMW Motorrad ABS, dan tangki bahan api 11.5 liter.