Royal Enfield Continental GT 650 2023 di pasaran Malaysia, harga dari RM 35,600.00

Untuk pasaran Malaysia, Royal Enfield turut menawarkan model Royal Enfield Continental GT 650 2023, dengan harga bermula dari RM 35,600.00 untuk pilihan warna Rocker Red dan British Racing Green. Bagi pilihan warna Dux Deluxe pula, harga jualannya ialah sebanyak RM 36,000.00.

Seterusnya bagi pilihan warna Slipstream Blue dan Apex Grey yang didatangkan dengan kulit enjin, sistem ekzos dan rim aloi sporty berwarna hitam, harganya ditetapkan sebanyak RM 36,200.00. Bagi pilihan warna terakhir iaitu Mr Clean, ianya ditawarkan dengan harga sebanyak RM 36,500.00.

Royal Enfield Continental GT 650 merupakan sebuah model bergaya cafe racer, dan dilengkapi enjin 647.95cc (Inline twin cylinder, 4 stroke, SOHC, air cooling) dengan sistem transmisi enam kelajuan. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 47.45hp @ 7,250rpm dengan tork 52.3Nm @ 5,150rpm.

Melengkapkan spesifikasinya ialah tangki bahan api 12.5 liter, fork depan jenis teleskopik, suspensi belakang berkembar (twin gas charged shock-absorbers with adjustable preload), brek cakera depan dan belakang dengan ABS Dual Channel, lampu depan LED, dan kemudahan pengecas USB.

Royal Enfield Continental GT 650 2023 berdiri di atas tayar depan dan belakang dalam saiz 18 inci, dan berat keseluruhannya 214 kg (kerb weight). Sebagai pilihan untuk model bergaya klasik dengan enjin yang sama, turut ditawarkan di pasaran Malaysia ialah Royal Enfield Interceptor 650 2023.