Model skuter Honda ADV160 2024 diperkenalkan di pasaran USA, dalam dua pilihan warna Red Metallic dan Pearl Smoky Gray. Harganya ditetapkan pada $4,499.00, iaitu bersamaan RM 21,039.57, dan akan berada di pasaran USA bermula bulan Julai 2023.
Antara spesifikasi teknikalnya termasuklah enjin eSP+ yang bersesaran 156.9cc (liquid-cooled, SOHC, two valves) dengan transmisi Automatik V-Matic. Untuk jarak perjalanan yang lebih jauh, tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti penuh 8.1 liter.
Spesifikasi menarik lainnya ialah sistem suspensi depan dan belakang daripada Showa, brek depan cakera dengan ABS Single Channel, brek belakang dram, Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan sepasang tayar dengan saiz 110/80-14 dan 130/70-13.
Honda ADV160 untuk pasaran USA ini seterusnya dilengkapi sistem Honda Smart Key, panel meter digital LCD, sistem lampu LED, dan ruang penyimpanan seluas 30 liter. Di pasaran Malaysia, Honda ADV160 dilancarkan dengan harga asas RM 12,999.00.