Salah sebuah model kapcai popular yang masih ada di pasaran Malaysia ialah Yamaha Lagenda 115Z 2020, yang sebelum ini dilancarkan pada bulan September 2020.
Namun begitu berdasarkan maklumat sebelum ini, pengeluaran model berkenaan telah pun ditamatkan, selepas pelancaran model kapcai terbaharu Yamaha EZ115 2023.
Yamaha EZ115 2023 dilancarkan pada pertengahan bulan Januari 2023 yang lalu, dan ianya menjadi model pengganti rasmi kepada model Yamaha Lagenda 115Z 2020.
Bagaimanapun melalui pemerhatian terkini, Yamaha Lagenda 115Z 2020 sehingga kini masih lagi dipaparkan di dalam laman sesawang rasmi Hong Leong Yamaha Motor.
Antara sebabnya mungkin kerana masih terdapat banyak unit-unit model tersebut yang masih lagi berada di cawangan pengedar Yamaha, dan masih menunggu pembeli.
Jadi khusus untuk peminat setia Yamaha Lagenda 115Z 2020, masih terdapat peluang untuk memiliki model yang kini bertaraf legenda itu, sebelum ianya kehabisan stok.
Imbas kembali, Yamaha Lagenda 115Z 2020 boleh didapati dengan tiga pilihan warna iaitu Kelabu, Biru dan Merah, dengan harga jualan asasnya sebanyak RM 5,180.00.
Enjinnya pula bersesaran 113.7cc (air-cooled, SOHC, 2-valve) dengan sistem transmisi empat kelajuan, yang menjana 10hp @ 7,750rpm dengan tork 9.9Nm @ 6,500rpm.
Ciri-ciri menarik lainnya ialah fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, brek cakera depan, tangki bahan api 4.05 liter, dan tempat duduk berketinggian 765 mm.