Di pasaran Malaysia, Honda Forza 250 2021 sebelum ini telah dilancarkan dalam bulan Mac 2021, dengan harga jualan asas yang ditetapkan sebanyak RM 25,388.00.
Tiga pilihan warna yang menarik boleh didapati untuk model skuter maxi itu, yang diberi nama Pearl Horizon White, Candy Rosy Red dan Matte Gunpowder Black Metallic.
Honda Forza 250 2021 dikuasakan enjin dalam kapasiti 249cc (single-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, SOHC) dengan transmisi Continuously Variable Transmission (V-matic).
Enjin eSP+ itu menawarkan kuasa maksimum 21.72hp @ 7,750 dengan tork maksimum 22.6Nm @ 6,250rpm. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti penuh 11.7 liter.
Spesifikasi lainnya seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), skrin penghadang angin elektrik boleh laras, Honda Smart Key, sistem lampu LED, dan pengecas USB.
Selain itu, Honda Forza 250 2021 juga dilengkapi sistem brek dengan ABS, Emergency Stop Signal (ESS), dan ruang storan yang cukup luas di bawah tempat duduknya.
Honda Forza 250 2021 berdiri di atas sepasang tayar bersaiz 120/70-15 dan 140/70-14. Tinggi tempat duduknya mencapai 780 mm, dan berat keseluruhannya ialah 185 kg.
Sementara itu di pasaran Jepun, Honda Forza 250 2023 telah dilancarkan dalam bulan Disember 2022. Setakat ini tidak pasti bilakah ianya akan tiba di pasaran Malaysia.