Yamaha CYGNUS GRYPHUS 2023 kini menerima dua pilihan warna baharu di pasaran Jepun iaitu Orange dan Blue, di samping dua warna sebelumnya White dan Black.
Model skuter tersebut ditawarkan dengan harga jualan 374,000.00 Yen, bersamaan nilai RM 12,395.75. Ianya akan tiba di pasaran secara rasmi mulai tarikh 15hb. Jun 2023.
Spesifikasi teknikal untuk Yamaha CYGNUS GRYPHUS 2023 kekal sama seperti model 2022, termasuklah enjin Blue Core 124cc VVA (liquid cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve).
Enjin yang ekonomi itu menghasilkan kuasa maksimum 12PS @ 8,000rpm, dengan tork puncak 11Nm @ 6,000rpm. Tangki bahan apinya pula hadir dengan kapasiti 6.1 liter.
Di pasaran Malaysia, tidak pasti kenapa ianya tidak dilancarkan. Mungkin kerana HLYM ketika ini sudah menawarkan model Yamaha Ego Avantiz dan Yamaha Ego Gear.
Artikel berkaitan :
- Yamaha CYGNUS GRYPHUS 2022 di pasaran Jepun, skuter kompak yang berprestasi dan ekonomi
- Yamaha CYGNUS GRYPHUS Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2023 diperkenalkan di pasaran Jepun