Keeway Shiny150 2023 dilancarkan di pasaran Thailand

Keeway Thailand pada Februari yang lalu telah melancarkan model terbaharu Keeway Shiny150 2023, dengan harga pengenalan THB 62,500.00, bersamaan RM 8,314.42.

Hadir dengan gaya skuter buatan Itali yang menawan, ianya didatangkan dengan empat pilihan warna yang menarik iaitu Cherry Red, Sky Blue, Daisy White dan Raven Black.

Keeway Shiny150 2023 dikuasakan enjin dalam sesaran 149.6cc (air-cooled, 1-cylinder, 4-stroke, 2-valves), yang kemudiannya digandingkan sistem transmisi automatik CVT.

Enjin itu menjana kuasa maksimum 8.3hp @ 7,500rpm, dengan tork maksimum 8.5Nm @ 6,000rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya dibekalkan tangki bahan api 5.6 liter.

Model itu seterusnya dilengkapi fork depan teleskopik, suspensi belakang tunggal, brek cakera depan dan brek belakang dram, dan sepasang tayar dengan saiz 120 / 70 – 12.

Tinggi tempat duduk mencapai 790 mm, manakala beratnya 106 kg (net weight). Selain itu, pelbagai ciri-ciri menarik lain turut melengkapi model skuter Keeway Shiny150 ini.

Antaranya seperti sistem lampu LED, panel meter digital, ruang storan mini di bahagian depan, dan soket pengecas USB untuk kemudahan mengecas telefon pintar dan gajet.