MForce Bike menawarkan tiga buah model kapcai dengan harga berpatutan untuk pasaran tempatan

Di pasaran tempatan pada ketika ini, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat pengeluar motosikal yang sentiasa menawarkan model-model terkini.

Pada masa yang sama, syarikat tersebut sentiasa komited dalam menawarkan pelbagai model-model motosikal yang ekonomi pada harga yang berpatutan dan mampu milik.

Antara model-model motosikal yang ekonomi dan mampu milik itu ialah tiga buah model di dalam segmen kapcai iaitu WMoto VE1-110E, WMoto WM110 dan SM Sport 110E.

Bagi model WMoto VE1-110E, ianya dilengkapi enjin 106.7cc (single cylinder, 4-stroke, air-cooled), yang menghasilkan 6.6hp @ 8,000rpm dengan tork 6.9Nm @ 6,000rpm.

Enjin itu dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. WMoto VE1-110E kemudiannya dilengkapi sistem penghidup tendang dan elektrik, tangki bahan api 4.0 liter, fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, dan brek depan dan belakang jenis dram.

WMoto VE1-110E boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik Merah, Biru dan juga Kuning, dengan harga jualan asas berpatutan iaitu sebanyak RM 3,748.00 sahaja.

Beralih ke model WMoto WM110 pula, ianya dilengkapi enjin 109cc (single-cylinder, air-cooled, 4-stroke) dengan keluaran 7.1hp @ 8,000rpm dan tork 7.2Nm @ 6,000rpm.

Enjin itu dipadankan dengan sistem transmisi empat kelajuan. Melengkapkan lagi model tersebut ialah sistem penghidup tendang dan elektrik, dan tangki bahan api 4.0 liter.

Selain itu, WMoto WM110 juga dilengkapi sistem kunci dengan ciri keselamatan, sistem brek depan jenis cakera, lampu hadapan yang terang, sepasang tayar tanpa tiub yang lebih selamat, dan penyerap hentak belakang berkualiti daripada jenama Kayaba.

Untuk pasaran tempatan, WMoto WM110 yang tampil sporty ini didatangkan tiga pilihan warna menarik Merah, Biru dan Hitam, dengan harga asas berpatutan RM 3,788.00.

Model kapcai ekonomi dengan harga yang berpatutan seterusnya ialah SM Sport 110E. Enjinnya 109cc (single cylinder, air-cooled, 4-stroke) dengan transmisi empat kelajuan.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 6.03hp @ 7,500rpm dengan tork 7.0Nm @ 5,000rpm. Model itu juga dilengkapi sistem penghidup jenis tendang dan elektrik.

Spesifikasi menarik lain adalah seperti tangki bahan api 4.0 liter, fork depan teleskopik, penyerap hentak belakang berkembar, suis kunci anti kecurian dan rim aloi sporty.

SM Sport 110E ditawarkan dengan harga asas berpatutan iaitu sebanyak RM 3,859.00, dan boleh didapati dengan tiga pilihan warna menarik Merah, Biru dan juga Kuning.

Menurut MForce Bike, setiap model kapcai tersebut ditawarkan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan, di samping perkhidmatan jualan alat ganti di dalam talian.

Galeri : WMoto VE1-110E

Galeri : WMoto WM110

Galeri : SM Sport 110E