Model terbaharu Honda CL250 2023 bakal berada di pasaran Jepun mulai tarikh 18hb. Mei 2023 akan datang, dan ianya termasuklah pilihan aksesori asli yang ditawarkan.
Terdapat dua pakej aksesori asli Honda yang ditawarkan untuk CL250, dikenali sebagai Cross Style dan Tour Style. Untuk penggemar aktiviti tunggangan lasak, sudah pastinya akan memilih pakej Cross Style. Pakej Tour Style pula lebih kepada aktiviti kembara.
Untuk anda, di bawah berikut ialah galeri gambar-gambar menarik pakej aksesori yang akan ditawarkan untuk Honda CL250 2023 di pasaran domestik Jepun, sila saksikan.
Galeri : Honda CL250 2023 (Cross Style)
Galeri : Honda CL250 (Tour Style)