Honda CL250 2023 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Jepun, dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Candy Energy Orange, Pearl Cadet Gray dan Pearl Himalayas White.
Model bergaya scrambler itu dikuasakan enjin 249cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valve, single-cylinder) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 24PS @ 8,500rpm dengan tork setinggi 23Nm @ 6,250rpm. Model seberat 172 kg itu kemudiannya dilengkapi tangki petrol 12 liter.
Honda CL250 2023 turut dilengkapi brek cakera dengan ABS dwi-saluran, tinggi tempat duduk 790 mm, dan tayar depan dan belakang bersaiz 110/80-R19 dan 150/70-R17.
Melengkapkan lagi ciri-ciri menariknya ialah sistem lampu LED, panel meter digital LCD kompak dengan pelbagai informasi, dan sistem lampu Emergency Stop Signal (ESS).
Untuk pasaran Jepun, Honda CL250 2023 akan ditawarkan secara rasmi bermula tarikh 18hb. Mei 2023, dengan harga jualan 621,500 Yen, bersamaan nilai RM 21,190.11.
Harga jualan yang ditetapkan sebanyak itu adalah berpatutan dan mampu milik. Adakah ianya akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia? Sama-samalah kita nantikannya.