Suzuki Gixxer 2023 diperkenalkan di pasaran India

Model naked Suzuki Gixxer 2023 baru-baru ini diperkenalkan di pasaran India, yang kini tampil dengan tiga skim warna terbaharu yang lebih sporty dan kelihatan lebih segar.

Ketiga-tiga warna baharu itu ialah Glass Sparkle Black, Metallic Sonic Silver/Pearl Blaze Orange dan Metallic Triton Blue, bersama-sama rekaan corak grafiknya yang menarik.

Di samping itu, Suzuki Gixxer 2023 juga kini didatangkan dengan teknologi baharu iaitu Suzuki Ride Connect Technology, yang membolehkannya berhubung ke telefon pintar.

Suzuki Gixxer 2023 dikuasakan enjin bersesaran 155cc (4-stroke, 1-cylinder, air-cooled, SOHC) dengan teknologi Fuel Injection, dan dipadankan transmisi 5-kelajuan manual.

Jumlah kuasa maksimumnya ialah 13.6PS @ 8,000rpm dengan tork puncak 13.8Nm @ 6,000rpm. Kapasiti tangki bahan api model naked seberat 141 kg itu ialah 12 liter.

Untuk pasaran India, Suzuki Gixxer 2023 ditawarkan dengan harga INR 1,40,500, yang bersamaan nilai hanya RM 7,396.97. Jumlah harga tersebut adalah sangat berpatutan.