Yamaha GT125 2023 terima skim warna baharu di Thailand

Model skuter Yamaha GT125 2023 di pasaran Thailand kini menerima kemaskini warna baharu yang lebih sporty, dalam dua pilihan warna Sport Turquoise dan Sport Grey.

Yamaha GT125 2023 merupakan model yang sama seperti Yamaha Ego Avantiz 2023 di pasaran Malaysia, cuma lampu signal belakangnya merupakan jenis terbina dalam.

Ianya dikuasakan enjin Blue Core 125cc (4-stroke, single-cylinder, SOHC, 2-valve, air-cooled) yang berprestasi, cekap dan ekonomi, serta dipadankan transmisi automatik.

Spesifikasi lengkapnya termasuklah fork depan teleskopik, suspensi belakang tunggal, brek cakera depan, tinggi tempat duduk 775 mm, dan sepasang tayar bersaiz 14 inci.

Antara ciri-ciri menarik pada model tersebut ialah lampu depan jenis LED, sistem kunci dengan Answer Back System, panel meter dengan penunjuk Eco dan Parking Brake.

Untuk pasaran Thailand, Yamaha GT125 2023 boleh dimiliki dengan harga THB 50,300, iaitu bersamaan nilai RM 6,588.23 berdasarkan kadar tukaran mata wang semasa.