Honda XL750 Transalp 2023 diperkenalkan, jentera pengembaraan legenda dilahirkan semula

Honda baru-baru ini rasmi memperkenalkan model adventure terbaharu Honda XL750 Transalp 2023, dalam tiga pilihan warna menarik Ross White Tricolour, Matte Iridium Gray Metallic dan Mat Ballistic Black Metallic. Model ini sebenarnya merupakan kelahiran semula kepada model legenda Honda Transalp, yang berada di pasaran suatu ketika dahulu dari tahun 1986 sehingga 2008.

Honda XL750 Transalp dilengkapi enjin dalam sesaran 755cc (liquid-cooled OHC 4-stroke 8-valve parallel twin with 270° crank and Unicam) yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Enjin itu menjana kuasa maksimum 90.5hp @ 9,500rpm dengan tork 75Nm @ 7,250rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 16.9 liter.

Sistem suspensi Honda XL750 Transalp merupakan gandingan di antara fork depan Showa 43mm SFF-CA yang mempunyai travel 200 mm, bersama-sama suspensi belakang (monoshock damper, Pro-Link swingarm) dengan jarak travel 190 mm. Sistem brek pula memperlihatkan cakera depan berkembar 310 mm dengan kaliper dua piston, dan brek cakera tunggal 256 mm di belakangnya.

Honda XL750 Transalp seterusnya dilengkapi panel instrumen TFT 5.0 inci berwarna sepenuhnya, sistem lampu LED, pengecas USB di bawah tempat duduk, tayar depan dan belakang dengan saiz 90/90-R21 dan 150/70-R18, dan tempat duduk dengan ketinggian 850 mm. Model adventure yang mempunyai berat 208 kg (kerb weight) ini mempunyai jarak kelegaan bumi memuaskan 210 mm.

Pelbagai ciri-ciri menarik turut melengkapi Honda XL750 Transalp 2023, seperti sistem Throttle By Wire (TBW), lima mod tunggangan Sport, Standard, Rain, Gravel & User, Engine Power (EP) empat tahap, Engine Brake (EB) tiga tahap, ABS dua saluran dengan ciri ABS belakang boleh dimatikan, dan juga Honda Selectable Torque Control (HSTC) lima tahap dengan intergrasi Wheelie Control.

Untuk lebih kemudahan, model tersebut mempunyai sistem sambungan Honda Smartphone Voice Control (HSVCs) yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar Android dan IOS, lampu penunjuk arah dengan ciri auto-cancel, sistem lampu Emergency Stop Signal (ESS) untuk tahap keselamatan yang lebih baik, dan lima pilihan kelengkapan pek aksesori standard turut disediakan oleh Honda.