Ducati Panigale V4 2023 termasuk varian V4 S dan V4 SP2 2023, pada bulan Julai 2022 yang lalu telah diumumkan menerima kemaskini baharu di bahagian sistem elektroniknya.
Kemaskini yang diterima itu termasuklah perisian baharu untuk Engine Brake Control (EBC) EVO 2, di samping talaan terkini sistem Ducati Quick Shift (DQS), Ducati Traction Control (DTC) dan Ride by Wire.
Model tersebut juga menerima kemaskini baharu sistem penyejukan, yang boleh mengurangkan haba terutamanya selepas sesi agresif di litar. Menurut Ducati, kemaskini baharu itu juga tersedia untuk semua pemilik jentera Panigale V4, Panigale V4 S dan Panigale V4 SP2 2022.
Di pasaran Malaysia, Ducati Panigale V4 dan V4 S 2023 ditawarkan dengan harga RM 145,900.00 dan RM 188,900.00.