Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2023 diperkenalkan dengan fungsi navigasi Garmin

Yamaha Motor Europe baru-baru ini dengan rasminya memperkenalkan Yamaha XMAX 300 2023, termasuklah versi yang lebih premium iaitu Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2023. Berbanding versi standard, versi Tech MAX dilengkapi skrin TFT 4.2 inci dengan ciri sambungan ke telefon pintar dan fungsi navigasi Garmin, di samping paparan skrin speedometer digital LCD 3.2 inci di atasnya.

Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2023 selanjutnya tampil dengan kemasan lebih mewah, dengan dua pilihan skim warna Tech MAX yang eksklusif Dark Petrol dan Tech Black. Penampilannya juga lebih menyerlah dengan lampu depan dan belakang LED dalam reka bentuk X yang tersendiri, di samping lampu flasher di bahagian atas. Spesifikasi enjinnya juga sama seperti model standard.